SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Thursday, July 16, 2009

D'MEN3 ORANG ASLI JUGA BERBAKAT BESAR


D’MEN 3…itulah nama kumpulan band yang dianggotai oleh belia-belia dari masyarakat orang asli.Kumpulan yang berasal dari RPS Bukit Serok,berhampiran Keratong ini telah mulai di kenali ramai kerana seringkali mendapat jemputan bermain terutamanya di sekitar Rompin malah selalu juga mendapat undangan untuk membuat persembahan dalam majlis anjuran agensi kerajaan dan swasta..

Yang lebih menarik,kumpulan ini menjalankan latihan di studio milik pengurus kumpulan iaitu Saudara Chek Long Bin Ah Kow yang juga dari kalangan orang asli..Menurutnya pencapaian terbaik kumpulan ini adalah apabila berjaya memasuki peringkat akhir dalam pertandingan Bintang Asyik FM yang telah diadakan setahun yang lalu..
Kumpulan ini yang sekarang sedang giat berlatih dan membuat persiapan untuk membuat rakaman album di bawah bimbingan composer Ann Kevin…


Adalah diharapkan kumpulan ini akan terus maju dan salam...agak terperanjat....terbalik nama kita....apapun tq sbb request...unik...mengharumkan nama RPS Bukit Serok dan masyarakat orang asli secara keseluruhannya…SELAMAT BERJAYA DARI GENGSAHABAT..

Sunday, July 12, 2009

PROGRAM HUJUNG MINGGU…..PADAT..SIBUK…


3.GOTONG –ROYONG PEMBINAAN GELANGGANG FUTSAL DI FELDA KERATONG 2…GELANGGANG 3 DALAM 1..
Pagi-pagi lagi YB Dato’ telah turun padang..meninjau persiapan gotong royong tersebut..Setelah segala peralatan sampai maka program telah dimulakan..Ahli belia Felda Keratong 2 dan Keratong 1 berganding bahu bersama-sama bergotong royong..Bertambah jalinan kemesraan antara mereka..Yb.Dato’ telah bersama sama menyumbang tenaga sehingga kepetang…
Gelanggang ini di bina secara bergotong royong bagi menyemai ‘sense of belonging’ atau semangat kepunyaan..menghargai dan rasa tanggungjawab menjaga kemudahan yang mereka bina sendiri berbanding sekiranya kemudahan ini diserahkan kepada pihak kontraktor..Turut bersama dalam gotong royong ini adalah Ketua Kampung ,Ketua Cawangan dan penyelaras program ini iaitu Encik Nassir bin Rafar..(MR.O).

KAMPUNG KITA TANGGUNGJAWAB KITA…..

PROGRAM HUJUNG MINGGU…..PADAT..SIBUK…


4.MENINJAU PUSAT JALURLEBAR KOMUNITI KERATONG 2…

Dalam kesibukan bergotong royong YB Dato’ telah mengambil kesempatan meninjau dan melawat ke pusat jalur lebar tersebut yang peralatannya adalah sumbangan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia(SKM)..
Ternyata manafaat dan faedah yang boleh didapati dari pusat ini adalah banyak.Dalam perbincangan dengan tenaga pengajar di pusat tersebut,banyak program telah di susun dan diatur..Masyarakat disekitar Keratong juga perlu mengambil peluang ini untuk menambah ilmu IT…BUTA IT BERMAKNA BUTA HURUF ERA INI..


5.MERAIKAN PERSANDINGAN AJK PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN..

Dalam kesibukan YB Dato’ juga telah berkejar pula ke FELDA Keratong 6..bagi meraikan persandingan AJK PPU ROMPIN..Walaupun agak terlewat namun mempelai ternyata gembira dengan kehadiran YB Dato’..
Semoga pasangan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat..Sempat juga bergambar kenangan bersama YB Dato’ dan rakan-rakan.Turut hadir adalah Naib Ketua Pemuda Bahagian Rompin,Penolong Bendahari..serta AJK yang lain.. SELAMAT PENGANTIN BARU..SEMOGA BERBAHAGIA..

PROGRAM HUJUNG MINGGU…..PADAT..SIBUK…

2.MAKAN MALAM DAN PERJUMPAAN SANTAI BERSAMA BELIA FELDA KERATONG SATU..

Sebelah malamnya YB Dato’ telah meluangkan masa untuk makan malam bersama para belia FELDA Keratong Satu sambil membincangkan program yang bakal di susun..Turut hadir dalam perjumpaan itu tersebut adalah Ketua Kampung,Ketua Cawangan Tun Razak 1,Tuan Imam dan Pegawai Penyelaras Belia FELDA Keratong Satu..Juadah pada malam itu adalah ikan baung dan tapah masak asam rebus cili api dan goreng ikan tebakang..SEDAP………
YB Dato’ juga telah melancarkan SkrinBesar dan Projekter di JOM Center..(jumpa orang muda..)bagi pihak belia saya mengucapkan terima kasih kepada YB Dato’ yang telah menyumbangkan segala peralatan tersebut..TERIMA KASIH DAUN KELADI….....

PROGRAM HUJUNG MINGGU…..PADAT..SIBUK…



1.PROGRAM RAKAN MUDA WAWASAN DESA SEKTOR PERUMAHAN DAN PENEMPATAN ORANG ASLI..

Program anjuran Pejabat Belia Daerah Rompin dan Kelab Sukan Komuniti (KSK) DUN Bukit Ibam telah djalankan di RPS Bukit Serok…Program telah mendapat sambutan dari kalangan masyarakat setempat terutamanya masyarakat orang asli di situ.
Antara acara yang dijalankan adalah futsal,bolajaring,sukaneka,permainan paintball,karaoke dan pendaftaran menjadi ahli Rakan Muda oleh urusetia Rakan Muda yang telah membuka kaunter di situ..


Acara dimeriahkan dengan perlawanan persahabatan pasukan YB.Dato’Haji Mohamad Sahfri ADUN Bukit Ibam melawan pasukan Pengarah Belia Negeri Pahang..Masing-masing telah menunjukkan kehebatan kemahiran..Kalah menang bukan ukuran tapi semangat kesukanan dan ikatan persahabatan yang terjalin..Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam



menjayakan program tersebut..JASAMU DIKENANG..

Friday, July 10, 2009

RUANG NIAGA GEN 2..TAHNIAH UTK JKKR FELDA KERATONG 1..


Dalam mengambilkira kepentingan mengadakan kemudahan ruang niaga kepada golongan belia,maka hasil daripada perbincangan JKKR terbinalah satu bangunan 6 pintu kedai yang disewakan kepada belia dengan kadar yang berpatutan..
Mengikut sumber kos keseluruhan pembinaan premis tersebut berjumlah RM170 .000 dan dibiayai sepenuhnya oleh JKKR FELDA Keratong Satu..Pembinaannya pula dilakukan oleh pemborong tempatan melalui sebutharga..
Sebagai Gen 2 ,aku ingin merakamkan tahniah dan penghargaan kepada JKKR dan pengurusan rancangan yang begitu prihatin tentang keperluan generasi muda.Semoga lebih banyak lagi tapak/lot-lot perniagaan akan di sediakan kearah penyusunan semula kawasan perniagaan agar lebi tersusun san sistematik..
Pihak-pihak berkaitan terutamanya PBT dan FELDA sendiri sepatutnya lebih peka dan prihatin dalam menyediakan prasarana dan infrastruktur yang sedemikian khususnya dalam menyediakan ruang dan peluang kepada golongan muda ini.Kalaulah JKKR boleh menyediakan dana yang sebegitu banyak apakah tidak pihak ini melakukan perkara yang sama atau lebih lagi..Jangan lah hanya diberikan tumpuan pada pembangunan di pekan2 atau Bandar-bandar sahaja..luarbandar pun perlukan nya kerana Kami juga rakyat yang menyokong dasar kerajaan.
Gen 2 yang ditemui rata-rata mengucapkan tarimakasih kerana pembinaan kedai ini telah memberikan peluang kepada mereka menjalankan perniagaan tanpa perlu keluar rancangan untuk menyewa premis..

KITA HENDAKLAH MENYEDIAKAN PEMBANGUNAN DAN BUKAN SEKADAR MENDIRIKAN BANGUNAN..

Thursday, July 9, 2009

EDIBLE GARDEN..FELDA GEDUNG MAKANAN NEGARA..


Begitulah ungkapanYAB Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib sewaktu berucap di sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan di FELDA Maokil Selasa lalu..Satu tugas dan tanggungjawab yang bukan mudah untuk ditransfomasikan oleh warga FELDA..Kenyataan Menteri Pertanian pula menyatakan Negara mengimport RM1 billion makanan sebulan menampakkan betapa besar peluang yang boleh direbut..dan menambah pendapatan peneroka..

rogram Edible Garden yang telah dilancarkan sebelum ini boleh dijadikan batu loncatan atau perintis kearah mencapai tujuan menjadikan Felda sebagai gedung makanan..Dengan keluasan kawasan..tenaga warga felda di seluruh Negara dan system yang berkesan merupakan satu kelebihan yang boleh dimaksimumkan..

Namun,setelah ianya dilaksanakan,terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaiki dan ianya ternyata merencatkan pencapaian objektif sebagaimana yang telah disasarkan..


ANTARANYA;…..

1.Benih/variety yang dibekalkan kepada peneroka ada yang tidak seperti yang dinyatakan…
2.Anak benih yang di bekalkan juga kadang-kadang tidak begitu sihat..tidak subur danmasih kecil..masalah untuk penjagaan..
3.Sistem pengawasan,pemantauan yang tidak menyeluruh daripada pihak pengurusan rancangan..mungkin kekangan kakitangan dan masa..
4.Kurang pengetahuan dan maklumat di kalangan peneroka tentang system urus pertanian yang berkesan.Taklimat dan ceramah perlu diadakan dari semasa ke semasa oleh agensi yang berkaitan..terutama dari segi penjagaan,pembajaan dan racun makhluk perosak..
5.Sistem pemasaran yang kurang efektif.Daripada respon yang diterima kebanyakannya menyatakan harga belian yang ditawarkan rendah berbanding harga di pasaran.Maka wujudlah peraih-peraih persendirian yang muncul dan membeli hasil tanaman dengan harga yang sedikit tinggi.Peneroka pula tidak perlu menghantar hasil tanaman ke pusat pengumpulan yang diwujdkan oleh pihak Felda..jimat masa dan tenaga..
6. Dalam hal ini sepatutnya persatuan belia di rancangan boleh memainkan peranan dengan menjadi peraih..memetik,mengumpul dan menimbang sendiri dan menjual semula di pasar dengan harga yang berpatutan.Boleh mendapat pendapatan dan mengisi kantung persatuan..
Sekiranya kelemahan-kelemahan dapat diperbaiki dan ditangani dengan baik saya percaya hasrat PM mahu menjadikan Felda sebagai gedung makanan akan dapat dicapai,pokoknya semua pihak perlu berganding bahu,gembleng tenaga kearah mencapai hasrai murni ini.

TRANSFOMASIKAN SLOGAN…

Tuesday, July 7, 2009

BAKTI DISEMAI BUKTI DITUAI…...











Selamat Hari Peneroka buat datuk(ALLAHYARHAM),Ayahanda ,mertua dan semua lapisan masyarakat peneroka di seluruh Malaysia..Aku menyambut sambutan di FELDA Maokil dari kejauhan sahaja kerana tugas dan tanggungjawab..

Di sepanjang usia mengenali rancangan(kata orang Johor),LKTP,dan Felda..ternyata banyak transfomasi yang telah berlaku..Daripada peneroka menebang sendiri hutan,membuat nurseri(Bilut)sehinggalah peneroka moden era 80 –an,kini FELDA telah ternyata telah banyak membawa perubahan demi perubahan kepada golongan peneroka yang dahulunya menang datangnya daripada golongan berpendapatan rendah…miskin tegar..ini kita kena akui..

Kalaupun ada peneroka yang katanya semakin terhimpit dan susah sejak menyertai felda..ini tidaklah dapat saya nak katakan apa-apa...Kalau ada pun mungkin kes terpinggir..(fikirlah sendiri).Aku pelik..dulu ada skim PPRT FELDA..

Daripada skim KPF,SIUF,PROJEK PELBAGAI..dan sehinggalah kepada pinjaman pengubahsuaian rumah,ternyata usaha Felda untuk menjadikan golongan peneroka FELDA sebagai Melayu Kelas Pertengahan sudah mula menampakkan hasil..

Aspek pendidikan amat dititikberatkan oleh FELDA..Asrama Semai Bakti,MRSM FELDA..skim tiusyen FELDA(STF) pelbagai latihan kemahiran secara usahasama..dlllll..telah banyak melahirkan generasi Felda yang berjaya..(rujuk Alumni AFKL).Pernah satu ketika GWGF ketika perhimpunan di UIA Gombak menyerahkan direktori anak-anak peneroka yang telah berjaya kepada Tun M yang ketika itu menjadi Perdana Menteri…jumlahnyabtentulah ramai..tanyakan saja pada Tan Sri Rozali Puncak Niaga..

Sistem hidup bermasyarakat juga adalah antara yang terbaik di MALAYSIA..Daripada Ketua Blok,Belia,GPW dan JKKR merupakan organisasi yang tersusun dan sistematik..Segala permasalahan,program,di rancang dan dilaksana secara bersama..

Dalam masa kejayaan demi kejayaan yang dicapai memang ada masalah yang timbul..ini dapat diatasi dengan menggunakan system dan saluran yang betul.

Program Edible garden yang menjana pendapatan tambahan.bandafeldajaya,perumahan warga felda (PWF),pertandingan kampong indah yang menawarkan hadiah lumayan..dan banyak lagi kemajuan yang telah dicapai(rujuk pamphlet yang dikeluarkan UNIT SERANTA FELDA).Aku merasakan semua ini adalah nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH..Aku amat bersyukur dan berbangga menjadi anak FELDA..

Justeru apabila ada pihak=pihak yang nakal mengatakan bahawa Felda menindas peneroka..melalui slogan ‘DULU TOLONG KINI AHLONG,FELDA KORPORAT PENEROKA MELARAT’ aku tak nampak di mana kewajarannya..seperti yang aku nyatakan tadi ,tiada sesuatu itu yang sempurna melainkan ALLAH..Dan golongan yang sering menjaja konon felda itu dan ini sebagai golongan yang tidak tahu bersyukur ayas nikmat yang dikurniakan..Ibarat di beri susu dibalas tuba…

Akhirkata,semoga felda akan terus berkembang maju,menjadi kebanggaan orang MELAYU..akan terus menjaga kebajikan dan kepentingan peneroka secara holistic..Mari kita sedekahkan al fatihah kepada Allahyarham Tun Razak yang telah berjaya mencetuskan idea penubuhan Felda..AMIN…

FELDA…HANYA SATU DI DUNIA….

RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI WARGA FELDA…

SELAMAT PENGANTIN BARU….



Hujung minggu lalu,tanggal 4 Julai 2009 mertuaku,En.Yunus Ahmad dan Siti Aisyah Hj.Abd.Rahim menerima menantu..Persandingan adik iparku,Norazlinda dan pasangannya Mohd.Aris telah berlangsung dengan meriahnya..

Majlis khenduri dimeriahkan dengan kedatangan sanak-saudara jauh dekat.Lebih penting lagi atas pertolongan jiran tetangga ahli blok 20 Felda Keratong 2..Cik Bakri..Wali,Hassan..Mat..Pak Din dan lain-lainnya yang telah bekerja keras dalam memastikan majlis khenduri itu berjalan dengan lancar.
Ahli-ahli PERSAK turut sama datang menghulur tenaga melayan tetamu sehingga selesai jamuan..Budi dan jasa kalian amat kami sekeluarga hargai..Kehadiran PERSAK telah menjadi perbualan kami sekeluarga yang rata-rata bangga kerana PERSAK ternyata sebuah persatuan yang sepatutnya menjadi contoh kepada belia-belia di kawasan Keratong..Syabas..

Majlis persandingan ini turut dimeriahkan dengan dengan kehadiran YB Dato’ Mohamad Sahfri Ab Aziz,EXCO Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.Beliau telah meluangkan masa untuk makan beradat bersama pasangan pengantin.Pasangan mempelai ternyata gembira dengan kehadiran tetamu yang tidak dijangka itu.

Akhir kata saya bagi pihak keluarga mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli blok 20,sanak saudara ,jiran tetangga dan sahabat handai dalam menjayakan kenduri adik ipar saya..

JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT….

Monday, July 6, 2009

KARNIVAL SUKAN TERTUTUP DUN BUKIT IBAM ANJURAN KEMAS DAERAH ROMPIN DAN KSK DUN BUKIT IBAM


Karnival ini telah dilangsungkan bertempat di padang awam FELDA Keratong 2 pada 5 Julai 2009.Ianya berjalan dalam keadaan yang cukup meriah walaupun di dalam keadaan cuaca yang kurang elok,kekadang hujan gerimis..namun para peserta mempamerkan semangat kesuaknan yang cukup tinggi.

Acara yang dijalankan adalah sepak takraw,bola jarring dan bola tampar.Di sebelah paginya telah diadakan acara senamrobik sebagai acara pemanas badan sebelum para paserta mengambil bahagian acara masing-masing.
Kalau dilihat dari segi sambutan yang diberikan,pada tahun ini amatlah memberangsangkan dari segi jumlah penyertaan dan kehadiran masyarakat setempat..Mutu permainan yang ditunjukkan juga semakin baik berbanding tahun-tahun yang lalu.
Para pemenang akan menjalani latihan pusat sebagai persiapan mewakili DUN dalam temasya KSK peringkat negeri yang akan diadakan di Kuantan tidak berapa lama lagi..
YB. Datuk Haji Mohamad Sahfri Bin Ab Aziz yang juga EXCO Kerajaan Negeri Pahang turut hadir menyaksikan perlawanan terutamanya acara sepaktakraw.Beliau juga telah menunjukkan bakatnya apabila masuk ke gelanggang bermain sepaktakraw dalam acara pertunjukan berlawan dengan pasukan veteran sementara menunggu perlawanan akhir sepaktakraw dijalankan.

Acara ditutup dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.Bagi pihak penganjur,sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada KEMAS Daerah Rompin,Pejabat Belia Daerah,Pejabat Dun Bukit Ibam,Pengurusan Rancangan Felda Keratong 2,JKKR Felda Keratong2,Belia Felda Keratong 2 serta Jawatankuasa yang telah bertungkus –lumus menjayakan program pada kali ini.

JASAMU TETAP DIKENANG…..

Wednesday, July 1, 2009

KOPERASI..OH KOPERASI…UNTUNG SIKIT,SELALU RUGI…

Semalam seharian aku duduk di rumah..ada waktu yang terluang aku melayari internet..menziarahi blog2 sahabat..Tiba-tiba terpandang olehku artikel oleh sahabat di Kota Gelanggi..yang ceritanya berkisar tentang koperasi di tempatnya yang katanya sedang nazak..begitu juga tentang cerita di Chini 4..invois koperasi yang mencurigakan..

Sekarang ini,cerita tentang koperasi nazak dan ada yang lingkup telah berlaku dan dialami oleh kebanyakan koperasi di rancangan tanah felda..bukan tiada yang berjaya..tapi percayalah..jumlahnya boleh dibilang dengan jari..Bahkan ada koperasi yang dahulunya terkenal sebagai koperasi terbaik namun sekarang ini telah tinggal nyawa2 ikan..

MENGAPAKAH INI TERJADI????

1.Mungkin ALK yang dilantik itu memang tidak berkeupayaan untuk memegang amanah menguruskan sesebuah koperasi.Ini berpunca daripada kurangnya ILMU BISNESS di kalangan mereka yang telah terlantik..

2.Tidak mempunyai hala tuju ‘CORE BUSINESS’ yang boleh menjana pendapatan koperasi..sepatutnya sekarang ini ditumpukan pada bisnes yang berkaitan dengan ladang sawit..tetapi sekarang ini terdapat terlalu ramai kontraktor luar yang mengaut untung besar..sedangkan koperasi tidak memainkan peranan..

3.Ada di kalangan ALK yang menjadikan jawatan yang di sandang sebagai sumber pendapatan dengan membuat pelbagai tuntutan dan elaun yang tidak masuk akal..

4.Pelantikan ALK kadang-kadang berdasarkan siapa yang ‘lantang bersuara ketika mesyuarat berlangsung sedangkan lantikan sepatutnya berdasarkan kebolehan..

5.Ahli koperasi hanya datang bermesyuarat semata-mata kerana wang insentif kehadiran dan bukannya bermesyuarat dalam erti kata sebenarnya. Mereka ini akan bermesyuarat di kedai-kedai kopi selepas itu.

6.Kebanyakan yang hadir ke mesyuarat agong adalah daripada golongan penerokawati yang kadang-kadang langsung tidak tahu apa-apa tentang perjalanan koperasi.

7.Masa bermesyuarat banyak dihabiskan dengan mencabut nombor bertuah (hamper) yang telah disediakan.

8.Kemungkinan besar berlaku ketirisan dalam system pengurusan koperasi itu sendiri.
Justeru sebaik sahaja selesai bermesyuarat maka persidangan kedai kopipun bermula. Ramai yang bercakap tentang itu dan ini.

Sudah sampai masanya sekarang ini undang-undang kecil koperasi dipinda bagi membolehkan Gen2 turut sama menjadi ahli bagi melahirkan idea-idea baru, tenaga baru.Dengan ini barulah penyuburan semula koperasi dapat dijalankan.

Mari kita bersama-sama menyumbang pandangan dan idea bagaimana koperasi-koperasi peneroka ini menjadi sebuah koperasi yang berjaya,memberikan manafaat terutamanya dalam menjana pekerjaan kepada Gen2.

RENUNG-RENUNG,FIKIR-FIKIR…………………………….

Monday, June 29, 2009

ASYIK2 PECAH RUMAH..CURI MOTOR..CURI BUAH SAWIT..




Sejak kebelakangan ini cerita rumah kena pecah,kes ragut,motor hilang seringkali menjadi topik hangat di kalangan masyarakat felda..Dalam satu kejadian di tempat tinggalku ini pernah berlaku 6 kejadian pecah rumah dalam satu malam…menggambarkan betapa seriusnya dan betapa beraninya penjenayah2 ini..

Mengikut cerita2 kedai kopi kejadian ini didalangi oleh penagih2 dadah..dan pendatang asing tanpa izin yang mencari rezeki di tanah rancangan..Walaupun tangkapan demi tangkapan oleh pihak berkuasa namun kejadian ini masih lagi berlaku..

PERSOALANNYA..SELAKU ORANG AWAM APAKAH PERANAN KITA..

Di rancangan tanah felda memang ada pasukan RELA..Tapi mengikut pemerhatian saya kebanyakan mereka sekarang ini dari golongan yang berumur..yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan..tentunya pergerakan sudah mulai terbatas..apatah lagi kecergasan..Maka sudah tiba masanya golongan muda didekati dan digalak untuk sama menyertai RELA..Dan saya rasa ini bukan sesuatu yang senang jika kena dengan caranya..Ini adalah kerana selama ini pihak2 yang berkenaan sering memandang serong akan golongan muda belia ini..Kalau kita selaku orang tempatan sudah memandang buruk akan golongan muda ini…apatah lagi orang luar..

Banyak lagi cara untuk kita bergerak membantu pihak berkuasa dalam membanteras jenayah..melalui Rakan Cop,Rukun Tetangga dan sebagainya..Namun saya lebi berminat dengan Program Skim KEPOLISAN MASYARAKAT..Ini pernah ada di tempat saya beberapa ketika dahulu tetapi sekarang telah berkubur tanpa nesan..Entah mengapa aku npun tak tahu..
Melalui program ini setiap ketua peneroka (ketua blok) diminta membuat laporan mengenai sebarang maklumat yang boleh digunakan oleh pihak berkuasa..Pihak berkuasa pula membentang kan indeks jenayah yang telah berlaku di sepanjang bulan..Rondaan bersama dilakukan mengikut keperluan..Pada masa itu ianya ternyata memberikan impak yang berkesan.Indeks jenayah dapat diturunkan..Perjumpaan,mesyuarat diadakan secara bergilir..Balai Polis..JKKR,Blok..

Seperkara lagi yang menjadi persoalan yang tak terjawab ialah mengapa sekarang ini FELDA SECURITY(FELSCO) tidak lagi menempatkan anggotanya di rancangan FELDA melainkan mengawal premis2 FELDA..sedangkan sewaktu waktu dahulu di setiap rancangan ada ditempatkan anggota..sewaktu itu aku masih lagi bersekolah..

Kesimpulannya,kampung kita adalah tanggungjawab kita…mari kita berganding bahu mengembleng tenaga bergerak memastikan keselamatan kampung bebas jenayah..

Saturday, June 27, 2009

PENGUNDI MUDA…PENGUNDI LUAR….SIAPA MEREKA DI MATA KITA……????




Pengundi muda..pengundi luar..pengundi yang tinggal di luar kawasan adalah satu permasalahan yang begitu besar dan memainkan peranan penting dalam menentukan calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya masa kini dan akan datang..


Jika golongan ini tidak di dekati atau diambil peduli sudah pasti mereka akan menjadi semakin jauh,jauh..dan jauh dari kita..Jadi,sesuatu mesti dilakukan dengan cara yang berkesan dan terancang kerana telah terbukti bahawa golongan inilah yang paling ramai menyokong pembangkang dalam PRU yang lalu.. MENGAPAKAH INI BOLEH BERLAKU DAN AKAN TERUS TERJADI??????

Pengundi muda dan pengundi luar ini adalah pengundi yang sekarang ini lebih terdedah dan celik IT.(internet,blog dsb)-rujuk artikel ADUKA TARUNA-.Mereka berjiwa muda,agresif dan kritis..lebih cenderung kepada menyokong dakyah2 pembangkang..
MENGAPA MEREKA INI HARUS KITA DEKATI …??


Mengikut ketetapan SPR,penetapan lokaliti mengundi biasanya berdasarkan alamat di My Kad..jadi walaupun mereka itu tinggal dan berkerja di merata pelusuk Negara,namun apabila tiba musim mengundi mereka ini akan pulang kekampung halaman untuk mengundi..Inilah yang biasanya dipanggil sebagai PENGUNDI LUAR..
PERSOALANNYA….

Apakah sumbangan YB ADUN @PARLIMEN. kepada mereka selama ini?Kenalkah mereka dengan YB atau bakal2 YB ini?Apakah yang mereka dapat sekiranya mereka mengundi calon kita……
Oleh sebab mereka ini kebanyakannya tinggal di Bandar maka, mereka tidak akan merasa apa-apapun kerugian jika mengundi pembangkang kerana pembangunan telah pun ada dan akan terus ada di kawasan tempat tinggal mereka.

JUSTERU, APA YANG BOLEH DILAKUKAN ?

Pertamanya, wujudkan kumpulan ala pengundi maya………Wujudkan kelab atau persatuan anak-anak tempatan mengikut ADUN dan PARLIMEN bagi pengundi-pengundi muda ini di Bandar. Contonya persatuan ana-anak DUN @ PARLIMEN………..Letakkan ianya di bawah naungan ADUN @ ahli PARLIMEN.

Keduanya, adakan perjumpaan berkala dengan ahli-ahli persatuan ini secara berterusan bagi memahami permasalahan mereka dirantauan. KALAU BOLEH lantik wakil mereka sebagai AJK PEMUDA / PUTERI sebagai wakil khas untuk golongan ini. Setiap perjumpaan / mesyuarat, wakil ini akan mengutarakan apa jua masalah yang mereka hadapi. Sebagai pemimpin politik ADUN / ahli PARLIMEN semestinya mempunyai jaringan hubungan dengan pemimpin politik di tempat mereka atau ketua-ketua jabatan di tempat mereka tinggal. JADI…..dengan panggilan talipon atau surat sokongan sahaja, kita boleh meminta agar pemimpin tadi menolong menyelesaikan masalah yang pengundi-pengundi luar ini hadapi.

Banyak lagi cara / program yang boleh kita lakukan untuk mendekati pengundi luar ini agar mereka sentiasa rapat dan terasa diri mereka di ambil berat. Barulah tidak timbul persepsi yang mereka ini hanya kita perlukan, dekati, cari……hanya apabila musim mengundi.
Kita tidak mahu seperti apa yang berlaku di Kelantan… BAS, duit kocek hatta duit minyak kita sediakan untuk mereka pulang mengundi, akhirnya mereka disambut pembangkang , dan mengundi pihak pembangkang…….SALAH SIAPAKAH INI…?

Kita perlulah berani untuk berubah dan mencuba kaedah baru untuk menghadapi pengundi muda @ pengundi luar ini. Jangan terus dengan system dan cara lama yang ternyata sudah ketinggalan zaman.

ZAMAN TELAH BERUBAH….FIKIR-FIKIRKANLAH……….

Friday, June 26, 2009

PESTA IKAN TEBAKANG…..





Hari ini aku nak berehat daripada berbicara tentang apa yang biasanya aku buat…tentang belia..gen 2 dan politik…Aku nak paparkan aktiviti yang aku buat semalam..

Sedang aku berehat di rumah,tiba-tida telefon berdering..rupa-rupanya seorang sahabat mengajak aku menjaring ikan tebakang..Setelah membuat persiapan ringkas,aku dan rakan-rakan pun bertolak ke lokasi..Lokasinya adalah di sebuah danau di Kampung Lubok Batu..kira-kira 3 km daripada tempatku…

Sesampainya di lokasi aku lihat beberapa orang telahpun mula menjaring,menjala..Aku dan rakan-rakan iaitu Mr.O,Mohayadi,Tok 4 Razak,Wakdin dan Culek terus sahaja memasang jaring.Jaring yang digunakan adalah jaring burung saiz 8 dan jaring biasa…

Tidak berapa lama kemudian jaring yang dipasang telah mula mengena..Jenuh kami mengeluarkan ikan daripada jaring.Wakdin yang menunjukkan kepakarannya menangkap ikan menggunakan tangan berjaya menangkap lebih kurang 2kg..

Aku juga ada membeli ikan tebakang yang telah disalai..dengan harga RM16 sekilogram..Hasil tangkapan pada hari ini lebih kurang 25 kg dan telah dibahagi sama rata..Sungguh berbaloi berendam selama 3jam lebih..Ikan salai yang kubeli tadi telah ku masak lemak cili api…uuuugh…berminyak mulut..

Inilah catatan yang dapat ku tuliskan ..jumpa lagi ……

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009